Thursday 28 June 2012

Macam mana TEST dan assignment saya?

Saya tidak ghairah lagi menjalankan tugasan pensyarah. Kekecewaan terasa apabila menatap assignment pelajar di mana hasilnya adalah `cut and paste' dan secara lurus menyerupai assignment kawan yang lain atau menyerupai jawapan dalam teks. Kalau teks itu dipenuhi dengan contoh dari USA, maka itulah yang ternampak di assignment pelajar. Anjakan pemikiran dan kreativiti tidak terdapat pada jawapan. Apa yang harus saya lakukan bila berdepan dengan keadaan begini? Walaupun agak kecewa, tetapi di hati kecil ini mendoakan agar ketamadunan yang sebenar berlaku di mana rakyatnya kreatif, aktif, dan progresif, bebas dari meniru hasilan orang lain. Allahuakbar.

1 comment:

  1. Salam..maafkan kami prof.Bkn niat kami menyelesaikan asignment prof secara sambil lewa, tetapi keadaan kami yang di bebani dengan pelbagai asignment lain mendesak kami tidak dapat fokus terhadap sesuatu asignment.Kami amat memahami beginilah kehidupan sebagai seorang pelajar.Tapi kami semua mempunyai had kemampuan kami.Untuk pengetahuan prof. pada masa yang sama kami juga terpaksa menyiapkan asignment BEL422(Present/report),FUR478(Present/report),FUR453(Rport/Test),Thesis proposal(Present/report).Bukan bertujuan untuk mencari alasan tetapi ini hanya sekadar perkongsian kami kepada prof. bahawa kami amat dibebani.Dan hasil nya kami menyiapkan asignment yg tidak bermutu da mengecewakan prof.Kami amat mnyesal diatas perbuatan kami dan kami yakin dapat menyiapkan asignment yang bermutu jika diberikan ruang dan peluang yang lebih .Sekali lagi kami memohon seribu kemaafan dari prof. dan berharap prof dpt memaafkan kekhilafan kami.Akhir sekali kami minta dihalal kan segala ilmu yang telah prof curah kan kepada kami dan kami yakin segala ilmu yang diturunkan kepada kami amat berguana untuk kami di masa hadapan.Segala pengorbanan prof amat kami hargai dan kami setakan Ucapan Jutaan terima kasih prof. Hamdan.Doakan perjalanan peperiksaan kami.TERIMA KASIH PROF. :) ALLAHUAKBAR!!

    ReplyDelete